+
  • بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

    Amira Nur Liyana.
    “Better to be strong than pretty and useless.”


    TWITTER || INSTAGRAM


Dugaan

Dugaan apa lagi ya Allah :'( kenapa pada saat genting ni mcm mcm aku hadapi. Masalah kewangan, kekeluargaan, hubungan sesama manusia semua. Hampir gila. Aku hampir gila menghadapi semua masalah ini.

Apakah ada hikmah disebalik apa yang telah kau aturkan? tapi kenapa sekarang ya Allah. Aku rasa aku tak mampu. Aku punya perasaan walaupun aku sering mengabaikan perasaan aku. Banyak perkara yang terpendam, sehinggakan aku berubah menjadi seorang pendendam.

Menerima kehadiran sahabat baharu membuatkan aku gembira. Pada masa yang sama aku tetap memikirkan hikmah disebalik pertemuan tersebut. Secara dasarnya, memang banyak perkara positif daripada negatif. Tapi, lumrah manusia sentiasa jelas tentang keburukan, kelemahan orang lain.

Dan....pada saat genting ini juga. Pelbagai masalah datang menerpa aku seperti durian runtuh. Aku hanya manusia biasa yang masih belum mengerti keadaan dunia sebenar walaupun dibesarkan di tengah bandar yang sentiasa sibuk dengan penduduk bumi. Aku perlukan ketenangan, keyakinan pada waktu ini agar aku dapat mencapai cita-citaku. Kerana pada eraglobalisasi ini, rupa paras, harta kekayaan bukan kayu ukur untuk mendapat pekerjaan yang halal.

Aku punya cita-cita yang besar, aku ingin kecapinya. Namun, sekiranya aku terus dalam keadaan sebegini. Sudah pasti mustahil untuk aku kecapinya bukan? Mindaku bercelaru. Terlalu banyak memikirkan perkara yang remeh temeh.